TabuNg derMa Anak YatiM

Jemput Baca! :)

Sunday, April 24, 2011

CHEF NADIRAH : RESIPI HIDANGAN FISH & CHIP BERSAMA COLESLAW & KENTANG GORENG

salam semua..
lama dah tak post pasal resepi kan..
ehhehehe..


Bahan-bahan:

untuk fish & chip
4 keping ikan dori
1/2 biji lemon - ambil jusnya
60gm tepung gandum
1 biji telur
100gm serbuk roti

untuk sos tartar:
200gm mayonis
2 biji gherkin
3 kuntum daun parsley
20 biji capers

untuk coleslaw:
300gm kobis bulat
1/4 batang lobak merah
100gm mayonis
1/4 gula kastor

untuk kentang:
500gm jejari kentang
secubit garam halus

lain-lain:
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh lada sulah
500ml minyak masak untuk menggoreng ikan dan kentang

cara-cara penyediaan:
1. menyediakan bahan untuk ikan

a) bersihkan dan basuh ikan, tus dan perasakan dengan jus lemon
b)sadur rata ikan dengan tepung, diikuti dengan telur dan kemudian serbuk roti

2. menggoreng ikan dan jejari kentang

a) panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan hingga masak dan berwarna keemasan
b) tapis minyak jika perlu, kemudian panaskan semula minyak untuk menggoreng jejari kentang.
c) tus jejari kentang yang telah masak dan taburkan secubit garam halus dan ratakan.

3. menyediakan sos tartar

a) cincang halus gherkin, daun pasli dan capers
b) campurkan bahan yang dicincang bersama mayonis, gaul rata
c)perasakan dengan garam dan lada sulah

4. menyediakan coleslaw

a) basuh dan tus kobis bulat dan lobak merah
b) hiris halus kobis dan lobak merah. perasakan dengan garam dan gula. perap selama 15 - 30 minit didalam peti sejuk
c) perah kobis hingga agak kering
d) gaulkan dengan mayonis

5. menghidang
hidangkan ikan yang telah digoreng bersama jejari kentang dan coleslaw di dalam satu pinggan. manakala hidang sos tartar secara berasingan....

hasilnya...


buat banyak bertujuan untuk jual kepada budak2 UTM..hihihi..

yang benar
chef nadirah..
erk..



6 comments:

Citarasa Rinduan said...

tu dia.........
syabas sayangku nad.....

tahniah... semakin hari semakin bijak dalam ilmu masakan

PS: walau hanya goreng2.... kak percaya, sure boleh laku kerana nie peberet masyarakat masa kini

nuriz said...

wow ada resipi le..boleh amik ni hehe

bersama kak Es said...

anak Kak Es sgt suke dgn resepi ni..

NadiRah said...

kak ayu: hihi..thnks sudi baca.. ^^

NadiRah said...

nuriz: ambik lah..dah buat nnt share lah gambar dengan nad.. ^^

NadiRah said...

kak es: ambik resipi ni kak..
buat kat umah.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...