TabuNg derMa Anak YatiM

Jemput Baca! :)

Thursday, September 20, 2012

PADAH MENCURI TILAM!



ehem..
Assalamualaikum..


berita tergempar...
dua orang pelajar mahasiswi disyaki mencuri tilam di kolej sendiri..
nama kolej tidak boleh didedahkan atas sebab2 keselamatan...


2 HARI SEBELUM KEJADIAN...


"Nad, tilam kitorang lembik lah...bilik depan sekali tu bilik dia tak berkunci weh...aku nak rembat lah tilam tu.."
"betul tu! kita ambik jelah..dah sakit2 pinggang dah ni...tido macam atas lantai je ni.."

perbualan 2 orang mahasiswi yang disyaki...



HARI KEJADIAN...


mereka pun pergilah rembat 2 ketul tilam kat bilik tak berpenghuni tu...


"weh! korang ambik jelah tilam tu, pastu pulangkan lah tilam yang lembik tu kat bilik tu..tukar je...nape nak ambik dua2 pulak??"

roomate yang penyayang menyoal...
kemudian memberi hujah2 berasas supaya tilam asal mereka diletakkan balik ke bilik depan tu..


mereka berdua tak ambil peduli..
"tunggulah sakit pinggang aku nih pulih baru aku pulangkan..."
salah seorang mereka bersuara..


maka, malam tersebut mereka tidur dengan keadaan tilam macam burger nih....




tilam roomate masing2 macam nih je...




tak adil!!!!




KEESOKAN HARINYA...


balik je dari kelas...
tilam mereka telah dirampas!!!!
keadaan menjadi tegang akibat terkejut...


"weh!!! alamak..abis ar..dan2 orang opis cek bilik plak...bila kita nak buat dajal je mesti kena...aishh!!!"


handphone mahasiswi A berbunyi...


"awak yang curi tilam tu ye??? datang opis skang"


handphone roomate mahasiswi B berbunyi..
message masuk..
dari MAK..

"Dirah, tadi penyelia asrama telipon mak..dia cakap dia nak tepon Dirah tak dapat..dia cakap pengetua nak jumpa"


ha????giler!!!
dahsyat tol...
tak pasal2 mak den terlibat..
hahahahah...
lawak je rasa..


memandangkan orang opis nak kol mahasiswi B tak dapat..
jadi mak kepada roomate beliau pulak kena tepon..
hahahahha...



HARI PENGADILAN...

mahasiswi A & B datang ke opis...
untuk ke muka pengadilan..

"kenapa awak ambik tilam tu???"
tanya orang opis kolej tersebut..


"sebenarnya kami nak pulangkan pagi tu encik...tapi ada kelas..jadi kami baru nak pulangkan lepas kelas,tgk2 encik dah ambik tilam tu..."


lepas tu encik2 tu gelak2 je...
pastu bebel2...
gertak2 cakap harga tilam tu mahal la..
and bla,bla,bla...

dan kes selesai tanpa SAMAN...
tapi dapat satu pesanan ringkas...


"LEPAS NI JANGAN CURI TILAM LAGI"



TAMAT....


(gambar pencuri tilam tidak dapat didedahkan bagi tujuan menjaga malu roomate saya sendiri..hahahahah)


Wednesday, September 5, 2012

HANYA GURU MEMAHAMI TUGAS SEORANG GURU



aissshh..
panas je bace isu-isu merendah-rendahkan profession perguruan ni..
sebab mereka hanya mampu menyalak..
tapi tak tahu hakikat sebenar profession seorang guru..


saya belum jadi seorang guru..
tapi insyaAllah..
moga ada rezeki selepas habis belajar nanti..


antaranya..

"jadi cikgu senang, kerja separuh hari..gaji RM2K basic"

ehem..
memang tak dinafikan ikutkan hakikat cikgu kerja separuh hari je..
tapi bukan setiap hari balik awak pukul 2.30 ptg..
tapi hakikatnya selalu balik pukul 5..
banyak urusan yang perlu diselesaikan..
seorang guru tugasnya bukan hanya mengajar...
dia lah kerani..
dialah tukang photostat..
dialah masterchef (kalau ada jamuan kena prepare awal2)
dialah tukang buat sijil..
dialah doktor (pelajar sakit)
dialah yang kemas dewan kalau ada program..
dialah designer untuk mecantikkan sekolah..
kalau ada kem..
dialah pak guard waktu malam..
dialah tukang masak...
dialah yang hidang2 makanan..
dialah yang kemas2...
dialah semuanya..
macam2 kerja guru nih...
macam yang saya cakap..
hanya guru je faham tugas seorang guru...


saya belum menjadi guru...
tapi masa praktikal hari tu..
saya dah dilatih untuk membuat kerja-kerja nih..
tapi kerja semua nih hanya kerja sampingan sahaja..
belum kira kerja guru-guru yang tetap..
guru-guru lama..
malah guru-guru bahagian pentadbiran sekali..


bila dah jadi guru tetap..
jadual mengajar sangat padat...
saya tanya cikgu tempat praktikal dulu..
kalau guru praktikal hanya 12jam waktu mengajar..
kalau guru tetap..
ada sampai 36jam waktu mengajar..
waktu gap hanya untuk makan...
ada yang tak sempat makan..
hanya mampu tapau makanan saja..
untuk makan bila2 nanti..
lepas tu, terkejar-kejar untuk masuk kelas...
kelas bertingkat-tingkat..
tambah dengan ibu mengandung..
kesian jugak tengok..


"cikgu kerja time sekolah je..sabtu ahad cuti"
hurrmm...
memanglah sabtu ahad cuti..
tapi sabtu ahad tu jugaklah buat macam2..
sukanlah..
kokurikulum..
buat kelas tambahan di sekolah..
kem motivasi..
kerja membaik pulih sekolah (keceriaan)
hantar pelajar masuk pertandingan..
bawak pelajar pergi kem under kokurikulum..
macam-macam..
malah ada juga LDP (latihan dalam perkhidmatan)..
semua guru perlu hadir..
LDP ni macam-macam aktiviti dijalankan..
untuk memperkasakan lagi skill guru dalam sukan, pengajaran dan sebagainya..
semua ni dibuat pada hari sabtu dan ahad..


"cikgu sukalah tu..bila ada sukan atau program lain pada waktu pembelajaran,boleh skip kelas"

HOI!!!!!
suka-suka hati kome je ek!
ehem...
mana ada guru yang suka skip kelas..
anak murid yang suka adalah..
terutamanya awak yang baca ni..
kan???
elelelele...


bila kelas tiba-tiba batal..
mana ada cikgu yang suka..
padahal cikgu dah rancang dah apa yang nak diajar..
macam-macam persediaan dah dibuat untuk mengajar..
cikgu rancang awal..
untuk melicinkan pembelajaran pada kelas akan datang..
kome apa tau!
ingat senang ke???
time malam2 lah cikgu duduk memikir macam mana nak mengajar pada kelas pada hari esok..
apa bahan dan alatan untuk dibawa atau ditunjukkan bagi pelajar senang faham..
haiissh!!

lepas tu tiba-tiba kelas batal..
cikgu mana yang suka???
silibus ataupun topik pembelajaran kena habiskan jugak sebelum exam..
kalau dah asyik tak ada kelas je macam mana nak habis??
lepas tu macam mana student nak jawab masa exam??

tambah-tambah lagi bagi pelajar yang terlibat dalam PBS (pentaksiran berasaskan sekolah)
pelajar kena tulis sendiri apa yang dorang belajar dalam satu borang..
kalau ada pelajar yang tak reti menulis,membaca,mengeja??
siapa yang kena ajar???
PBS kena siapkan dalam waktu-waktu yang dah ditetapkan..
kalau kelas takda ataupun pelajar ponteng macam mana???


pelajar yang terlibat kerja khusus pulak..
kalau dorang tak datang..
nanti cikgu jugak kena ambik masa untuk bantu dorang buat..
cikgu akan balik lewat buat kelas lain bagi pelajar-pelajar ni siapakan kerja khusus..
kalau tak siap siapa salah?
cikgu jugak..
so, ada ke cikgu yang suka skip kelas?????


ada kes..
student tak siap kerja khusus dan ponteng..
cikgu pon telefon parents beliau..
nak bagi tau student tak hadir..
kalau kerja khusus tak siap macam mana result PMR nanti..
tapi sedihnya..
parents marah balik cikgu..
cakap kenapa cikgu nak sebok2..
bukan cikgu pon yang bagi yuran..
sedihnya..
guru mana yang taknak tengok anak didiknya berjaya????


ohh ye...
mesti ada yang cakap..
guru kan ada murid..
boleh tolong cikgu siapkan kerja..
key in markah bagai..

kalau ada pun guru macam tu..
cikgu hanya meminta pertolongan...
bukan maksudnya dia curi tulang..
sebab banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan oleh cikgu..
cikgu sibuk dengan urusan untuk pelajar jugak..
kena contact orang sana sini untuk jalankan sesuatu program bagi pelajar..
bagi yang pernah terlibat jadi AJK bagi apa2 event mesti faham macam mana sibuknya...

"kalau seorang guru tak mampu mengajar semua matapelajaran, kenapa seorang murid perlu menguasai semua mata pelajaran"

saya pon pernah terfikir masa belajar dulu..
kenapa kena belajar subjek Kemahiran Hidup??
guna ke kalau nak jadi Engineer nanti?
guna ke sebab nanti saya nak jadi Doktor lah..


Qada dan Qadar dari Allah S.W.T
confirm ke korang nanti jadi Engineer??confirm ke nanti korang jadi Doktor???
kita kena belajar segala ilmu..
sebab masa depan nanti..
kita tak tau apa yang jadi pada diri kita..
kalau korang dapat tau apa yang korang akan jadi masa dewasa nanti..
pergi cakap dekat cikgu korang..
saya taknak belajar pasal benda ni semua..
sebab nanti saya jadi Doktor..
kalau korang confident masa depan korang macam tu..


kenyataannya..
kita tak tau apa yang bakal berada didepan kita kelak..
seorang graduan siswazah kejuruteraan..
menjadi usahawan sayur-sayuran..
itu memang fakta..
ada masuk berita 2 tahun lepas..

jadi, ilmu masa kita belajar masa sekolah tu digunakan kan???
ilmu subjek kemahiran hidup pertanian dan perniagaan..

"masuk universiti..kos engineering, kenapa kena belajar entrepreneur??"
sama juga kenyataan seperti diatas..
malah lebih lagi..
untuk mendidik engineer supaya berdaya fikir seperti seorang entrepreneur..
dapat menghasilkan inovasi yang lebih baik..
dalam masa yang sama menjaga alam sekitar..
semua ni belajar dalam subjek entrepreneur kat Universiti kan??


siapa kata guru hanya mampu mengajar satu matapelajaran je???
kebanyakannya di sekolah..
cikgu tu degree subjek lain..
tapi kena mengajar BM @ Sains @ Sukan @ Math..
bergantung kepada kekurangan guru..
ilmu perlu sentiasa dituntut..
cikgu Fizik, tiba-tiba kena mengajar BM..
jadi dia pun belajar..
belajar bagi subjek tu..
belajar lebih untuk memberi kefahaman kepada pelajar yang diajar..
bila masa belajar??
waktu malam..
study dulu sebelum nak mengajar esok..


lagi satu...
kenapa kita dididik untuk belajar sivik? moral? atau AGAMA??
sebab untuk mendapatkan manusia yang pandai berfikir sebelum bercakap..
sentiasa beradab kepada manusia lain..
jadi dah belajar kan???
kenapa tak diguna pakai sebelum membuat spekulasi???
beradab ke anda??
jadi, memang patut kan manusia perlu dididik dengan semua ni...



jadi mudah ke???
setimpal tak dengan gaji RM2K??


guru,pelanggannya seorang manusia..
manusia yang memerlukan ilmu..
akan diusahakan memberi yang terbaik buat manusia itu..
jika gagal manusia tersebut, gagal lah seorang guru..





kenyataannya..
Anugerah terbaik buat seorang GURU ialah melihat anak didiknya berjaya




SAYA DAH LETAK JAWATAN!



Alhamdulillah...
tamat pon kerja sukarela...
atau nama glamer dan bajetnya..
"Praktikal"


hari tu Praktikum @ Latihan Mengajar..
kali ni praktikal @ Latihan Industri pulak..
ramai tanya..
eh,cikgu pon ada LI ke???
penat nak jawab 58 kali...
hehehe


selepas LI apa yang saya dapat??
huhu...
eeemmmmmmm.....
berfikir sejenak...

NTAH LER....

macam2..
gentel2 biskut..
kek coklat..
moist cake..
swiss roll..
cup cake..
ha, lagi satu...
buat coklat..


ni dia..


tak lawa pon..



dan..
paling excited..
dapat DECO CAKE!












birthday cake buat adik saya..
Afiq Zikri..
birthday dia 1 syawal aritu..
alang2 tulis jelah nama dia..


okay!
yang ni pulak...




ni cake yang saya dan roomate saya deco time 2nd year aritu...
kat UTM..
hahhahaha


gojesss kan???
tulisan pon tak nampak..
yang itam2 tu serbuk oreo ye..
harap maklum...






p/s : praktikal kat bakery...
memang makanan jelah...
huhu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...