TabuNg derMa Anak YatiM

Jemput Baca! :)

Wednesday, December 8, 2010

pAkAi iNAi...!!


inai???
tahu kn??
selalu kaitkan ngan org kawen..
arini ank buah aku..
Nur Athirah Nasreen tibe2 request kat neneknya @ mak aku..
dy nak pkai inai...

bdk kecik nih mmg dr dulu gemor benor pkai inai...
nasib baik kat umah ni ada inai yg dh blender 2..
dpt dr org pg haji aritu..
kalo x, payah lak mak aku nk carik pokok inai kn..
tau ke cane rupe daun inai??
kalo xtau anda mmg org bandor...
huhu..



ni gmbrnye yer...

dulu time aku kecik2 kwn aku sorg nih suke sgt pkai inai..
aku pon x pham apsal..
x abes lg inai lame, dah pkai yg baru..
ish3...

pastu yg aku bengang siap tunjuk2 kat aku..
aku pon mtk ar mak aku pkaikan utk aku..
tp x lah semerah menyala cam kwn aku sorg nih..

aku pon tnye dy letak darah ke??
ahahhaha!!!
ngokngek tol!!!

dy ckp dy pkai sehari suntuk..
erk, x kecut ke jari ko nyah!!
kih3..

skang ni aku dh malas nk pakai inai...
teka knape??
hehehe...
malas nk teka lah tu..
okay2..
aku ckp terus...

pasal time skolah dulu cikgu aku sorg nih..
lelaki...
ajar math..
bila nmpk je student pkai inai mula lah dy nk gedik..
ckp kami x sabor2 nak kawen lak kan..
aku pon malu ar...
lepas 2, terus aku dh malas nk pakai inai...

act pakai inai ni dpt pahala..
kn3???

mcam2 design inai zaman skang nih..
dlu yg aku tau pkai kat kuku jer..
xde lak berangkai2 cam pokok ...

camni lah...



dasat2 corak skang yer...
huhuhhu...

ni selingan tentang hukum pemakaian inai yer...


Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak
Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
 Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:




1.      Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2.      Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3.      Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.



1 comments:

dak DEBAB said...

nice info.. hehhe..
tahun ni jek 4 kali pakai inai..
hehhe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...