TabuNg derMa Anak YatiM

Jemput Baca! :)

Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

PETUA RAWATAN PENYAKIT BUASIR

ini entry sambungan entry lepas..
hari tu nad ada cerita pasal jenis-jenis buasir dan punca buasir kan..
Klik SINI untuk baca..

hari ini nak cakap pasal rawatannya pulak..

Pertama, elakan sembelit. Makan diet yang mengandungi fiber yang tinggi, minum banyak air dan membuat senaman yang tetap walaupun hanya dengan berjalan. Anda juga boleh mendapatkan fiber tambahan atau pelembut najis.

Jangan tunggu ketika anda ingin membuang air besar, cuba jangan meneran apabila membuang dan jangan berlengah-lengah ke bilik air.


p/s: untuk petua supaya buang air besar pada waktu pagi..
bangun saja dari tidur, jangan cuci mulut dulu..
terus minum air masak banyak..
InsyaAllah..
masalah di bahagian perut semakin berkurang..


Monday, March 14, 2011

ENTRY CITARASA RINDUAN BUAT AKU BERTEKAD MAKAN SPIRULINA ELKEN!

Assalamualaikum..
tadi nad terbaca entry pasal kak ayu..
blogger citarasa rinduan yang top tu..

entry kak ayu ada story pasal pesakit breast cancer..
klik SINI untuk baca..

lepas nad baca..
nad baru percaya Spirulina Elken ni bagus..
sebelum ni memang ada je kat bilik nad ni..
mak bagi sebotol suruh habiskan..



dan tiap2 kali bergayut dengan mak..
mak mesti selit soalan ni..
"spirulina elken mak bagi tu dah habis?"
jawapan nad tetap sama..
"belum"
sebenarnya nad tak suka makan ubat..
rasa bersalah jugak bila mak tanya pasal nih..

baru2 ni..
cuti sem..
nad balik kampung..
mak tanya lagi..
"tak habis lagi ke spirulina??"

"belum.."

sebenarnya banyak lagi..
tapi mak beranggapan dah nak habis..
sebab nak dekat setahun kot mak bagi sebotol spirulina kat nad..

mak pon ambik sebotol lagi spirulina elken..
"nah, dirah bawak balik UTM.."

"okay.."
tu jer nad mampu cakap..
mula2 memang bertekad nak makan..
tak sampai hati..
mak dah berhabis duit untuk nad beli..
tapi asyik lupe je nak makan..

sampai lah malam ni..
kak ayu post pasal tu..
baru nad teringat..
dan terus capai pil tu then makan..

mak!!!
ya janji ya makan yer..

p/s: semoga nad dapat habiskan..
sekurang2nya 2 biji sehari pon jadilah..


Friday, March 11, 2011

PENYAKIT BUASIR?? SAKITNYA!!!!


entry permintaan dari member aku..
nama??
dirahsiakan..
hahaha...

siapa ada penyakit buasir??
kepada sesiapa yang berkenaan..
pastikan anda mendapat rawatan daripada Doktor yer..

kat sini aku hanya nak kongsi sikit pasal buasir..
ada 2 jenis buasir sebenarnya..

1. buasir dalaman
2. buasir luaran

BUASIR DALAMAN
- buasir ni tak terasa sakit dan gatal..
sebab terletak jauh ke dalam rektum..
atau bahasa mudahnya dubur..
- buasir dalaman tak berbahaya..
tetapi, meneran dan gangguan dari laluan najis boleh mencederakan permukaan buasir dan boleh menyebabkan pendarahan..

BUASIR LUARAN
- buasir luaran ni macam yang selalu kita dengar..
boleh mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal..
-kalau buasir ni tersepit, maka bekalan darah terputus dan bekuan darah akan berlaku di dalamnya..
maka menyebabkannya terasa amat sakit..
-jadi, rawatan perubatan perlu dilakukan..
- bila salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadilah buasir dan ianya sukar dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya..
- buasir akan berulang kembali walaupun tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding  dengan sebelumnya..

PUNCA-PUNCA BUASIR


1. sentiasa duduk..
antara yang berisiko tinggi kena buasir, pekerja2 yang perlu banyak duduk berbanding berjalan..
contohnya: pemandu lori..

2. Meneran
kalau dah najis susah nak kuar..
jangan paksa2..
tu yang jadi buasir tu..

kuar dari toilet dulu..
rilek..
minum air..
then, baru sambung buang air besar..
hehehehe..


3. Cirit Birit
cirit birit pon boleh buat buasir??
bukan ke taik cair jer..
bukan ketul2 pon..
mesti terpikir tu kan3??

tapi..
bila kita cirit birit..
kita akan sentiasa berulang ke tandas kan??
bila dah kuar masuk tandas pon jadi penat..
kome pon lepak terus kat toilet lama2..
bila dah duduk mencangkung jer..
tu yang nak terbuasir dibuatnya..
kan3???

4. batuk yang teruk
yang ni punca sebab tekanan aku rasa..
kome penah tak batuk2 dan rasa sakit dekat kawasan pinggang dan kebawah??

5. Bersalin
ha!!!
yang ni kalau ikot pengalaman orang dah bersalin lah kan..
orang tua2 cakap..
orang bersalin ni kena banyak makan herba2..
bagi panaskan badan..
tapi tak boleh minum air banyak2..
katanya, nanti badan sejuk..

bila dah makan herba, badan memang panas lah..
dah lah panas..
kurang air dalam badan pulak tu..
tu yang najis pon jadi keras..
bila dah keras..
nak kena meneran pulak..
ha, aku rasa tu lah puncanya kot..
nak cakap lebih2 pon tak boleh..
sebab tu petua orang2 tua..
nak taknak kena lah ikot orang yang berpengalaman ni kan..


6. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama..
ha...yang ni sama lah macam aku cakap cirit birit tadi..


7. Mengangkat berat..
ini pon sebab tekanan  secara langsung ke dubur..

dah tau info serba sedikit dari Doktor Nadirah kan3??
nak tau rawatan Buasir pulak??
tunggu entry seterusnya yer..

p/s: terutamanya lelaki..
suka baca komik atau suratkhabar sambil buang air besar...
kang buasir baru tau!!! 

kalau nak buang air besar..
jangan tahan2 yer..

dulu kecik2 suka makan MILO..
pastu berak keras..
hahah!!!!


Saturday, February 12, 2011

WaNiTa BerBuLu KAKI????

ehem2!!!
hot tak tajuk post???
heheeh..
yup!!!
memang aku nak story pasal 
WANITA BERBULU KAKI...
aku tak bohong kome tau!!!


uhh!!!
pakai skirt!!
tapi....

ops!!!
sory2...
post ni bukan nak mencaci wanita2 berbulu kaki..
tapi..
nak berikan panduan...

kenapa berbulu kaki???

setiap wanita mempunyai tahap 'kelebatan' bulu..
ini disebabkan..
1. faktor genetik..
2. faktor pemakanan..
3. faktor umur..

bile cakap pasal bulu..
aku tau!!
mesti ramai yang anggap negetip dekat wanita2 yang berbulu ni kan??

mesti ada mulut2 berbau yang cakap..

"adeh, muka dah comey..sekali berbulu.."

dan mungkin jugak ada yang cakap..

"eh3..kaki dia berbulu..tu mesti sebab dulu dia cukur bulu..tu sekarang bulu dah kerinting2.."

dan...
mungkin jugak ada yang positip..
time wanita berbulu kaki ambil wuduk dekat surau..
mungkin ada jugak cakap macam ni..

"kaki berbulu..ala, biasa lah tu.."

dan ada jugak cakap camni...

"tengok tu, walaupun ada bulu kaki, dia tak rasa down pon...bersyukur ke dengan kejadian tuhan"

ehehehe...
dialog2 di atas rekaan aku semata2..

so, disebabkan tanggapan2 negetip ni..
menyebabkan wanita2 berbulu ni nak buang bulu di kaki dorang..
dengan cara mencukur, mencabut bulu ataupun menjalani rawatan untuk hilangkan bulu2 mereka..




tapi hakikatnya..
dorang tak tahu..
mereka kemungkinan akan berdepan dengan masalah lebih buruk lagi..
kemungkinan bulu yang akan tumbuh semula lebih lebat, kasar dan tidak sekata...

ada jugak sebab2 lain wanita ingin membuang bulu..
antaranya...
1. mereka merasa membuanang bulu sebahagian daripada hias diri dan ia membuat mereka kelihatan lebih kemas serta bersih
2. mengurangkan peluang peluh dan bakteria terperangkap di bulu terutama dalam persekitaran iklim lembab dan panas.
3. memenuhi permintaan pasangan mereka. ada pasangan yang ingin pasangan mereka tampil bersih tanpa bulu.


hukum wanita mencukur bulu kaki...


BAGI seorang wanita mencukur atau mencabut bulu betis diharuskan atas sebab menjaga ciri-ciri kewanitaannya. Apabila Aishah r.a ditanya, adakah dibenarkan seorang wanita menghilangkan bulu di muka bagi memuaskan suaminya, beliau menyatakan hilangkan apa sahaja yang memudaratkan sekiranya boleh.

Penggunaan Veet iaitu sejenis krim untuk menghilangkan bulu dibenarkan sekiranya tidak memudaratkan. Bagi wanita yang berkahwin, dia hendaklah mendapat keizinan suami.

Perlu diingat bahawa terdapat beberapa sunnah dalam menjaga kebersihan diri. Antaranya Aishah ada meriwayatkan: “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “Berkata Mus‘ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.” (Hadis riwayat Muslim)

aku tahu..
semua wanita mahukan kulit bersih dan cantik kan..
macam ni..




tapi!!!
bila dah kulit cantik..
licin..
janganlah kome2 terus nak bertampil sexy pulak...


bila ada bulu kaki macam ni...





after cukur...
jangan jadi camni...



sekian...



Wednesday, December 29, 2010

TaPak TaNgaN BeRpeLuH ke bErLenDir??? (Hyperhidrosis)



hyppe!!!!!
sape2 kat sini tangan dy berpeluh..
atau berlendir..????
ahahhaha....

sian sape2 yang ada masalah ni...
tangan berlendir???
macam geli je kan3???
kih3...
nama tu bukan aku yang bagi...
tapi kawan2 aku yang bagi...
caitt!!!!
dorang cakap tangan aku berlendir weh...
adoiii!!!!

nama saintifik untuk penyakit ni adalah HYPERHIDROSIS..
wahhh!!!
glemer je rasa kan3???

aku pon ada masalah yang sama..
aku hyper peluh...
huhu...
tapi bahagian tangan je okay!!!!!!
yang lain xde...
upss...!
okay2...
kaki ada jugak...
tapi sikit2 je yer..
x over...

ha!!!!!
korang mesti nak cakap aku ada masalah bau kaki kan3???
mana ada ar!!!
aish...
ni nak marah ni..
tak caye tanye akak2 dan member2 aku..
hehehhe...

kalau dah banyak sangat peluh memang lah menimbulkan bau yang tak menyenangkan..
tapi Alhamdulillah..
nasib baik aku tak kritikal lagi..

ni aku nak cakap sikit kelebihan dan kekurangan orang2 yang ada masalah HYPERHIDROSIS ni..

*KEKURANGAN*

okay!!!
disebabkan aku pon ada masalah ini,..
so, memang ada masalah lah..





1st sekali..
tak selesa...
tapi bukan sentiasa x selesa kan...
kadang2 kalau aku kene buat aktiviti yang menggunakan tangan..
memang payah sikit..
macam main gayut2 dekat taman mainan tu kan...
hahhaha!!!!
eh3..
sekarang dah x main dah..
dulu..time kanak2..
hehehhe
memang licin lah jadinya..
pasal tangan berlendir kan...
hahhaha...



masalah kedua..
sukar nak melukis...
senang cite bahagian art payah lah sikit..
time sekolah dulu..
aku ada ambik subjek Engineering Drawing...
cam biasalah kan..
kene lukis2 pakai pensel lah kan...
disebabkan masalah ini..
habis comot momot lukisan aku nih...
dah x cun lah kan...
x kemas...
markah memang kene tolak je manjang...
lantak ar..
dari x siap keje kan...
hehehhe
bila masuk U, sem 1..
sekali lagi aku kene subjek yang sama..
so, untuk tidak menjejaskan mark assignment..
aku bawak sapu tangan hari2...
bila basah je, lap...
sem lepas gune AUTOCAD...
so, x perlu risau lagi...
hahahha..



Masalah 3 pulak..
sukar nak bersalaman...
ha!!!!
bukan aku tak bersopan yer...
kadang2 tangan kan basah...
nak salam pon rasa serba salah...
takut sebelah pihak lagi rasa geli...
urgghh!!!
payah2...
kadang2 kene lap dulu tangan kat baju, then baru salam...
adehhh!!!!


Masalah 4...
kene ejek...
hahahha...
part yang ni aku x kesah langsung...
ada jugak gurauan2 nakal cakap tangan aku berlendir..
aku sempoi jer...
x kisah..
unik kot...
kome ade???
hahhaha...

masalah 5..
sukar untuk nak bergesel...
aippp!!!!
think positive!!!
hahhaa..
bergesel???
cam dasyat je ek...
okay2...
susah nak beramah mesra..
hahhaa...
roomate aku nih..
Fathin dan Jijah...
kadang2 terpegang lah kan kulit mereka...
dengan kencang dan pantas...
mereka terus mengelap kulit yang terkena air berlebihan tersebut...
wahahhahah!!!!

dah lah tu..
asyik kekurangan jer...
kang banyak sangat kekurangan x best jugak...
huhuhu


okay!!!
kelebihan pulak!!!



kelebihan yang pertama...
SAYA ADA LOTION SEMULA JADI...
hahahhah!!!!
yer..
dengan ini..
tangan sentiasa lembut dan lembab..
wahahahah...
erk, lembut ke tangan aku???
kih3...
okay lah kan..
dari kome2 yang tangan kering je...
kan dah bazir duit..
beli lotion lagi..
mahal2 pulak tu..
huhuhu....



kelebihan kedua pulak...
boleh basuh tangan tanpa guna air paip...
wakakakka!!!!
lawak2...
biasa makan2 dekat McD ke kan...
tangan de sisa2 makanan...
just basuh je tangan dekat tangan sendiri..
hahhhaha!!!
erk...
tapi aku x penah buat ek..
hahha..
saje suka2 tu..
hehehe..



kelebihan ketiga yer...
dijadikan sebagai SENJATA..
senjata macam mana???
cmni..
kadang2 aku cari pasal dengan roomate aku...
and bila dy nak balas dendam dengan mencubit or apa2 jer..
aku akan dekatkan tangan aku dengan mana2 bahagian kulit dy...
wahhahah!!!!
dengan itu, dy x berani dekat....
hahaha!!!
lawok3!!!


kelebihan keempat...
keyboard laptop tidak akan berhabuk...
hahahha!!!
mcam sekarng..
aku duk taip2  nih...
keyboar aku jadi bersih...
sebab ada air semulajadi yang bersihkan dan kilatkan..
kah3...





p/s : untuk sape2 yang ada masalah macam ni..
rilek jer..
jangan rendah diri..
huhuhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...